SALAM VOKASMA

Terima kasih di atas kesudian anda meluangkan masa untuk melayari vokasma2mpav. Anda akan melihat aktiviti guru-guru dan pelajar-pelajar yang di jalankan di sekolah ini.







Friday, March 12, 2010

KEPUTUSAN SPM 2009

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2009 telah di keluarkan di Dewan Vokasma pada 11 Mac 2010 (Khamis) jam 10:00 pagi. Keputusan pencapaian kelulusan 100% untuk kali ke enam sejak tahun 2004 dengan mendapat peningkatan kualiti Gred Purata Sekolah, GPS dari 5.19 (2008) ke 4.70 (2009). VOKASMA mendapat keputusan pencapaian SPM terbaik di antara sekolah menengah vokasional naik taraf di Perak dan menduduki tempat ketiga antara sekolah menengah Daerah Manjung dan tempat ke 29 antara sekolah-sekolah menengah negeri Perak.

Buat pertama kalinya keputusan bagi mata pelajaran 8201 Prinsip Elektrik & Elektronik (PEE) dan 8202 Aplikasi Elektrik & Elektronik (AEE) yang di ambil oleh pelajar-pelajar MPAV Elektrik & Elektronik (215 pelajar) mendapat keputusan kelulusan 100%. Gred Purata Mata Pelajaran bagi PEE (2.46) & AEE (3.34).
Sementara bagi kursus MPAV Pengaturcaraan Komputer (19 pelajar) juga mendapat keputusan 100%. GPMP bagi mata pelajaran Fundamental of Programming,FOP (1.95) dan Programming and Development Tools, PDT (2.47).



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

MPAV & KEMAHIRAN

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pelajar-pelajar dan guru-guru MPAV & SKM dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas atau bengkel-bengkel.