SALAM VOKASMA

Terima kasih di atas kesudian anda meluangkan masa untuk melayari vokasma2mpav. Anda akan melihat aktiviti guru-guru dan pelajar-pelajar yang di jalankan di sekolah ini.







Saturday, August 28, 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN CENDERAHATI PELAJAR ASRAMA

Cikgu Azman mewakili Warden Asrama
Wakil Pembantu Penjabat Warden
Wakil Surau Al-Hidayah
Majlis penyampaian cenderahati oleh pelajar asrama di pengerusikan oleh Cikgu Hanafiah Mohd Yusof dan dijalankan selepas sembahyang tarawikh dan witir. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustad Syed Syarim kemudiannya di ikuti oleh ucapan Cikgu Azman selaku ketua Warden Asrama. Selepas itu ucapan oleh Puan Siti Arfah Bt Ibrahim, Pengetua Cemerlang Vokasma dan seterusnya adalah penyampaian cenderahati oleh pelajar asrama di mulai oleh pelajar aspura dan di ikuti oleh pelajar aspuri. Vokasma mengucapkan semua yang hadir bagi menjayakan majlis ini. Tahniah Vokasma!

MPAV & KEMAHIRAN

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pelajar-pelajar dan guru-guru MPAV & SKM dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas atau bengkel-bengkel.