Mesyuarat di atas telah di adakan pada 19 Ogos 2010 (Khamis) di Bilik Utama, Aras 6 Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional KPM. Mesyuarat di sertai Pengurus Industri, Pengerusi Persatuan Industri, Wakil Institusi Latihan seperti UnikL dan MasterSkill. Mesyuarat bertujuan untuk mengambil kata sepakat untuk mengadakan sesi menandatangani MoU di antara BPTV dan Industri untuk memberi sumbangan dalam mentransformasikan pendidikan Voctech. Sesi menandatangani Mou ini akan diadakan pada Majlis Perasmian Pelancaran Transformasi Pendidikan Voctech 2010.