SALAM VOKASMA

Terima kasih di atas kesudian anda meluangkan masa untuk melayari vokasma2mpav. Anda akan melihat aktiviti guru-guru dan pelajar-pelajar yang di jalankan di sekolah ini.







Saturday, November 27, 2010






Jawatankuasa Penyediaan Buku Pengurusan & Perancangan Sekolah 2011 sedang sibuk di Bilik Kualiti untuk menyediakan buku tersebut di ketuai oleh Ustad Lotpi Razali (Penolong Kanan)yang turut di bantu oleh Cikgu Nordiana Ihsan (Setiausaha), Cikgu Jalaluddin (Pen. Setiausaha), Cikgu Daniel, Cikgu Rosni dan Cikgu Hajar.

KELAS INTENSIF MATEMATIK 5 PK











Pelajar-pelajar kelas 5PK telah menjalani kelas intensif matematik yang
dikendalikan oleh Cikgu Rasilah di Makmal Matematik. Vokasma mengucapkan
Selamat Berjaya kepada semua pelajar-pelajar 5PK dan semuga mendapat
keputusan yang cemerlang. Vokasma mengucapkan terima kasih kepada
Cikgu Rasilah kerana memberikan kelas intensif tersebut. Bravo Vokasma!

Thursday, November 25, 2010

TEMAN LAMA PPH ULU KINTA PERAK


Anak dan cucu Encik Rahim.
Keluarga Encik Rahim dan Cikgu Shahabudin
Restoran D'Muara Lumut
Puan Habibah(isteri Cikgu Shahabudin) dan Puan Nor (isteri Encik Rahim)
Pekena teh tarik
Encik Rahim dan cucunya, Aina.


Alhamdullilah syukur, Cikgu Shahabudin telah ditemukan dengan
rakan-rakan ketika berada di PPH Ulu Kinta sekitar tahun 1978~1980.
Encik Sabri yang kini telah bermastautin di Kota Kinabalu Sabah,
Encik Yusniali dari Kuala Lumpur dan Encik Rahim dari Seri Manjung
telah bertemu semula setelah 30 tahun tidak berjumpa. Perhubungan
yang bermula berhubungan melalui Facebook telah menghasilkan
pertemuan yang bersejarah ini.

Wednesday, November 24, 2010

KERTAS SEJARAH SPM 2010










Pelajar-pelajar SKM bersedia untuk mengambil peperiksaan SPM 2010.







Penerangan ringkas Guru Sejarah, Cikgu Siti Mariam





Penerangan oleh Cikgu Nurul.






Pelajar-pelajar Vokasma mengaminkan doa yang di bacakan oleh
Ketua Pelajar merangkap Imam Surau Al-Hidayah.

Hari ini merupakan hari ketiga pelajar-pelajar Vokasma
menghadapi peperiksaan SPM 2010. Kertas Sejarah I akan
bermula jam 08:00 pagi dan di ikuti oleh Sejarah II jam 10:30 pagi.
Vokasma mengucapkan Selamat Berjaya!...

MPAV & KEMAHIRAN

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pelajar-pelajar dan guru-guru MPAV & SKM dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas atau bengkel-bengkel.