SALAM VOKASMA

Terima kasih di atas kesudian anda meluangkan masa untuk melayari vokasma2mpav. Anda akan melihat aktiviti guru-guru dan pelajar-pelajar yang di jalankan di sekolah ini.







Wednesday, November 24, 2010

MESYUARAT GURU KALI KE 3






Mesyuarat Guru kali Ke 3, dipengerusikan oleh Puan Hajjah Intan Suhana Bt Kamarudin. Beliau menerangkan tentang tugas-tugas guru kelas supaya melengkapkan data-data dalam buku kedatangan pelajar, tugas-tugas setiausaha, petugas SPM 2010, koperasi, kehadiran guru, penyata gaji, Standard Guru Malaysia, retan & data, kod-kod fail, stikers sekolah, pemakaian unit berunifom dan persediaan akhir tahun 2010.
Taklimat dikendalikan oleh Cikgu Wan Yusaini PK HEM, mengenai Jawatankuasa Pengambilan Pelajar Tingkatan 5 dan Pendaftaran Pelajar Tingkatan 4 Sesi 2011.
Mesyuarat ditangguhkan jam 12:00 tengahari.

MPAV & KEMAHIRAN

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pelajar-pelajar dan guru-guru MPAV & SKM dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas atau bengkel-bengkel.