SALAM VOKASMA

Terima kasih di atas kesudian anda meluangkan masa untuk melayari vokasma2mpav. Anda akan melihat aktiviti guru-guru dan pelajar-pelajar yang di jalankan di sekolah ini.







Thursday, September 30, 2010

JAMUAN HARI RAYA BIDANG MPAV










Jamuan hari raya telah di adakan di bengkel MPAV. Semua guru-guru MPAV telah dijemput termasuk kepada pihak Pengurusan dan Guru-Guru Kanan Bidang.

LAWATAN PENGETUA KE BENGKEL MPAV






















Pada jam 09:00 pagi Puan Hajjah Intan Suhana telah membuat lawatan ke bengkel Elektrik, bengkel Elektronik dan bengkel MPAV di iringi oleh Cikgu Shahabudin. Pengetua telah diperkenalkan kepada guru-guru MPAV Elektrik & Elektronik. Pada sesi tersebut, Pengetua mengambil kesempatan untuk berkenalan dengan pelajar-pelajar yang berada di dalam bengkel tersebut. Pengetua telah memberi kata-kata motivasi dan memberi semangat kepada pelajar-pelajar supaya lebih berusaha untuk mendapatkan keputusan 8A. Vokasma mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Hajjah Intan Suhana Bt Kamarudin.

MPAV & KEMAHIRAN

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pelajar-pelajar dan guru-guru MPAV & SKM dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas atau bengkel-bengkel.