Hari adalah perhimpunan sekolah hari akhir untuk sebelum pelajar dibenar pulang ke kampong masing-masing. Perhimpunan dikendalikan oleh guru bertugas Cikgu Shariman dengan memberi sedikit ulasan penilaian minggu ini. Seterusnya di ikuti oleh ucapan pelajar dalam Program MBM MBI dengan berpantun dalam berbagai dialek kedaerahan. Di ikuti oleh ucapan Ketua guru disiplin, Cikgu Ghazali yang menyentuh dengan menjaga disiplin ketika pulang ke kampong. Ceramah agama oleh Ustad Syed Syarim dengan tajuk "Pengisian Aidil Fitri" telah menarik minat guru-guru dan para pelajar semua. Akhir sekali ucapan oleh Ustad Lotpi selaku Penolong Kanan yang menerang seba sedikit tentang cuti sekolah dan situasi pentadbiran sekolah selepas persaraan pengetua cemerlang, Puan Siti Arfah Bt Ibrahim.
Sebelum pulang para pelajar bermaafan dengan guru-guru.