SALAM VOKASMA

Terima kasih di atas kesudian anda meluangkan masa untuk melayari vokasma2mpav. Anda akan melihat aktiviti guru-guru dan pelajar-pelajar yang di jalankan di sekolah ini.







Wednesday, September 1, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PENGARAH BPTV









Majlis Berbuka Puasa telah di adakan di Restoran D'Muara Lumut bersama Tuan Pengarah BPTV. Turut serta Encik Zulkifli Bin Ibrahim, Managing Director Kiriin Marine Sdn Bhd. Kiriin Marine Sdn Bhd adalah satu syarikat bumiputra yang mempunyai kepakaran dalam Sistem Penghawa Dingin Kapal. Tujuan mengadakan pertemuan Encik Zukifli Ibrahim kepada Tuan Pengarah adalah bertujuan untuk memberikan sokongan dan kerjasama sektor industri dalam Transformasi Pendidikan Voctech khasnya dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Maritim yang akan di ujudkan kursus tersebut oleh BPTV pada tahun 2012. Vokasma mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Zulkifli Bin Ibrahim kerana bersedia memberi sokongan dan kerjasama tersebut. Vokasma mengucapkan tahniah dan syabas kerana telah melangkah kehadapan untuk Transformasi Pendidikan Voctech! Syabas Vokasma! Anda boleh!

MPAV & KEMAHIRAN

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pelajar-pelajar dan guru-guru MPAV & SKM dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas atau bengkel-bengkel.