SALAM VOKASMA

Terima kasih di atas kesudian anda meluangkan masa untuk melayari vokasma2mpav. Anda akan melihat aktiviti guru-guru dan pelajar-pelajar yang di jalankan di sekolah ini.







Wednesday, September 1, 2010

PENYERAHAN GAMBAR HARI GRADUASI

Pada 26 Ogos 2010 (Khamis), Cikgu Shahabudin dan Cikgu Daniel telah mengadakan pertemuan dengan Tuan Haji Ahmad Tajudin Bin Jab, Pengarah BPTV untuk menyerahkan album Hari Graduasi 2010 di pejabat beliau di BPTV, Putrajaya. Cikgu Shahabudin telah mewakili Tuan Pengetua untuk menyerahkan album tersebut. Disamping itu juga, beliau juga telah menyerahkan keratan akhbar mengenai Program Traineeship yang telah tersiar di akhbar Sinar Harian. Tuan Pengarah amat berbesar hati dan mengucapkan terima kasih atas pemberian tersebut.
Tuan Pengarah mengambil peluang dalam pertemuan itu untuk menerangkan mengenai Transformasi Pendidikan Voctech. Terima kasih kepada Tuan Pengarah kerana sudi menerangkan mengenai Transformasi Pendidikan Voctech.
Terima kasih Vokasma mengucapkan kepada Tuan Pengarah BPTV. Tahniah Vokasma!

MPAV & KEMAHIRAN

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pelajar-pelajar dan guru-guru MPAV & SKM dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas atau bengkel-bengkel.