SALAM VOKASMA

Terima kasih di atas kesudian anda meluangkan masa untuk melayari vokasma2mpav. Anda akan melihat aktiviti guru-guru dan pelajar-pelajar yang di jalankan di sekolah ini.







Wednesday, December 15, 2010

PROGRAM PECUTAN TERAKHIR 2010





























Program Pecutan Terakhir telah di adakan pada 13 & 14 Disember 2010 bertujuan untuk membincangkan topik-topik penting dan soalan-soalan yang dijangka keluar pada hari peperiksaan Aplikasi Elektrik & Elektronik pada Rabu 15 Disember 2010. Kelas bermula pada malam 13 Disember 2010 dengan slot 1 bermula jam 08:00 malam hingga 10:00 malam. Keesokannya pula bermula slot 2 jam 08:00-10:00 pagi, slot 3 jam 10:30-12:30 tengahari dan slot 4 jam 3:00-5:00 petang. Kehadiran hampir 90% termasuk pelajar asrama dan pelajar luar. Vokasma mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Shahabudin (Penyelaras Program), Cikgu Zanura, Cikgu Yusop, Cikgu Salleh, Cikgu Merzuki, Cikgu Fadhlur, Cikgu Hanafiah, Cikgu Haris, Cikgu Rosnani, Cikgu Jamil, Cikgu Onie dan Cikgu Faziatul kerana menjayakan program ini tanpa mengira waktu cuti sekolah. Terima kasih sekali lagi.

MPAV & KEMAHIRAN

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pelajar-pelajar dan guru-guru MPAV & SKM dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas atau bengkel-bengkel.