SALAM VOKASMA

Terima kasih di atas kesudian anda meluangkan masa untuk melayari vokasma2mpav. Anda akan melihat aktiviti guru-guru dan pelajar-pelajar yang di jalankan di sekolah ini.







Wednesday, March 9, 2011

MODUL KAWALAN MOTOR DC

Pemula Rintangan Angker & Medan Pirau

OBJEKTIF UMUM:

Pelajar akan dapat:
1. menerangkan prinsip kendalian pemula motor DC.
2. menyambung dan mengendalikan pemula motor DC.
3. mematuhi langkah-langkah keselamatan dan

peraturan STM/IEE.


OBJEKTIF KHUSUS:

Pelajar akan dapat:
1. menerangkan fungsi pemula.
2. menerangkan jenis-jenis pemula motor.
3. menerangkan jenis-jenis perlindungan.
4. menerangkan kaedah kawalan kelajuan motor DC.
5. melakar gambar rajah litar kawalan kelajuan motor DC.
6. mengenal pasti tamatan pemula dan motor DC.
7. menyambung dan mengendalikan pemula motor DC.
8. mengawal dan mengukur kelajuan putaran motor DC.
9. mengesan kerosakan dan membaik pulih kerosakan
pemula motor DC.
10. mematuhi langkah-langkah keselamatan dan
peraturan STM/IEE.


PENCAPAIAN KOMPETENSI:

Pelajar akan dapat:
1. mengenal pasti tamatan pemula dan motor DC.
2. menyambung, mengendalikan motor DC.
3. mengawal dan mengukur kelajuan motor DC.
4. mengesan dan membaik pulih kerosakan pemula
motor DC.
5. mematuhi langkah-langkah keselamatan dan
peraturan STM/IEE.


MATLUMAT PENTING:

Kawalan Motor DC berfungsi untuk meghidupkan dan
menghentikan motor DC dengan selamat, menghadkan
arus permulaan, melaras kelajuan, menukarkan arah
putaran motor dan memberi perlindungan daripada
beban lampau, voltan rendah dan tanpa voltan.


12.3 KAWALAN MOTOR DC

1. Fungsi Pemula Motor DC.
Memberikan perlindungan arus permulaan dan
perlindungan.

2. Kawalan arus permulaan.
Untuk menghidupkan motor DC, arus rendah permulaan
diberikan dengan menyambungkan satu rintangan sesiri
dengan motor DC.


3. EMPAT Jenis Perlindungan Pemula Motor DC.
a. Perlindungan Beban Lampau
– melindungi motor DC arus beban lampau
(Peranti Beban Lampau).
b. Perlindungan Voltan Rendah
– mengelakkan motor DC dihidupkan dengan voltan
rendah (Gegelung Tanpa Voltan)..
c. Perlindungan Tanpa Voltan
– mengelakkan motor hidup dengan sendiri setelah
bekalan kembali pulih (Gegelung Tanpa Voltan).
d. Perlindungan Litar Pintas
– melindungi motor DC dari kesan litar pintas apabila
berlaku sentuhan antara talian positif dan negatif.

4. Kawalan Kelajuan.
Untuk mengawal kelajuan motor DC adalah dengan
mengawal voltan bekalan, kawalan medan motor DC
dan kawalan arus angker.

5. Kawalan Voltan Bekalan.
Apabila voltan dibekalkan kepada motor DC, perintang
digunakan untuk menghadkan voltan kepada angker.
Lengan Pemegang (Arm Lever) dilaraskan dari satu
tahap ke satu tahap yang lain dan nilai rintangan
semakin berkurangan. Voltan yang rendah pada
permulaan akan menghasilkan kelajuan yang rendah
pada permulaan.


Apabila Lengan Pemegang (Arm Lever) pada
kedudukan tahap maksima tanpa rintangan, voltan
penuh diberikan kepada angker dan motor akan
berkendali pada kelajuan penuh.


Apabila terjadinya kegagalan voltan, gegelung
pemegang akan melepaskan Pemegang(Arm Lever)
dan gegelung pemegang (No-Volt Coil) akan
melepaskan Lengan Pemegang.

6. Kawalan Medan.
Kaedah kawalan medan dilakukan dengan mengawal
arus medan ke medan pirau.

7. Kawalan Angker.
Kaedah kawalan angker dilakukan dengan mengawal
arus ke medan angker.

Pemula Rintangan Angker.


Pemula Rintangan Angker dan Medan Pirau.


Pemula Rintangan Angker dan Medan Pirau.







No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

MPAV & KEMAHIRAN

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pelajar-pelajar dan guru-guru MPAV & SKM dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas atau bengkel-bengkel.