Pagi tadi jam 7:30 pagi Tuan Pengarah BPTV, Tuan Haji Ahmad Tajudin Bin Jab mengadakan lawatan mengejut ke blok asrama Putera dan Puteri. Beliau dan isteri di iringi oleh Ustad Lotpi, Cikgu Wan Yusaini dan guru warden asrama, melawat Blok J asrama pelajar lelaki tingkatan 5. Melalui pengamatan Tuan Pengarah, beliau berpuashati dengan kebersihan blok asrama tersebut.
Selepas itu beliau dan isteri mengambil peluang untuk melawat blok asrama puteri. Beliau amat berpuashati dengan keberishan dan keceriaan bilik-bilik asrama puteri. Tahniah Vokasma ucapkan!