SALAM VOKASMA

Terima kasih di atas kesudian anda meluangkan masa untuk melayari vokasma2mpav. Anda akan melihat aktiviti guru-guru dan pelajar-pelajar yang di jalankan di sekolah ini.







Saturday, October 30, 2010

PERJUMPAAN PENGARAH BERSAMA PELAJAR TINGKATAN 5

























































Pengarah BPTV, Tuan Haji Ahmad Tajudin Bin Jab bersama isteri telah sudi singgah di sekolah dalam perjalanan ke Coral Bay Resort, Pangkor untuk bertemu dengan pelajar tingkatan 5. Kedatangan beliau disambut dengan paluan kompang dan ucapan alu-aluan oleh Ustad Lotpi Bin Razali, Penolong Kanan mewakili pihak Pengetua. Cikgu Wan Yusaini bersama-sama guru warden Cikgu Zaki (Pemangku Ketua Warden), Cikgu Shahabudin, Ustad Fauzi, Cikgu Siti Azalilah, Cikgu Maznah, Cikgu Ainon turut serta meraikan kedatangan Tuan Pengarah.
Tuan Pengarah dalam ucapannya meminta pelajar-pelajar berusaha dengan tekun supaya mendapat keputusan yang cemerlang. Tidak lupa beliau menasihatkan pelajar supaya memohon ampun dan restu dari ibubapa dan guru-guru. Seterusnya memohon doa kepada Allah supaya di berikan pertolongan dan keberkatan atas usaha yang telah dilakukan.
Pihak Vokasma mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengarah.

MPAV & KEMAHIRAN

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pelajar-pelajar dan guru-guru MPAV & SKM dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas atau bengkel-bengkel.