Pertemuan Puan Siti Arfah Bt Ibrahim, Pengetua Cemerlang Vokasma dengan pelajar-pelajar kelas 5JER2 adalah untuk mengenali pelajar dengan lebih dekat lagi. Misi kedua adalah untuk memotivasikan pelajar supaya lebih berusaha untuk mencapai kemahiran yang lebih tinggi dan bersedia dalam SPM yang akan datang. Beliau menegaskan bahawa pelajar SKM adalah sama seperti pelajar-pelajar MPAV yang layak untuk mengambil peperiksaan SPM sebagai calon sekolah. Oleh yang demikian, pelajar-pelajar SKM juga mestilah berusaha untuk lulus dan mengekalkan prestasi pencapaian sekolah kepada 100%.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.