Hari ini adalah hari terakhir bagi 5 orang guru-guru pelatih UTHM di sekolah ini. Puan Siti Arfah Bt Ibrahim selaku Pengetua Cemerlang sekolah ini mengucapkan terima kasih atas usaha yang di curahkan bagi menabur bakti mengajar dan membimbing pelajar-pelajar. Disamping itu juga beliau mengucapkan tahniah dan memuji atas kecemerlang yang ditunjukkan oleh mereka dalam latihan mengajar dan aktiviti luar kelas khasnya dalam unit Kadet Polis. Beliau juga memberi nasihat dan memberi kata-kata perangsang supaya guru-guru pelatih UTHM sentiasa terus meningkatkan prestasi diri dan bersedia untuk bertugas apabila di tempatkan ke sekolah-sekolah vokasional atau teknik di semenanjung atau di Sabah atau Sarawak.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.