SALAM VOKASMA

Terima kasih di atas kesudian anda meluangkan masa untuk melayari vokasma2mpav. Anda akan melihat aktiviti guru-guru dan pelajar-pelajar yang di jalankan di sekolah ini.







Wednesday, April 14, 2010

CERAMAH PEGAWAI POLIS ANGKAT














Ceramah Pegawai Polis Angkat telah di adakan pada jam 10:30 malam tadi kepada wakil blok asrama Vokasma yang dikendalikan oleh Cikgu Wan Yusaini selaku Penolong Kanan HEM bersama-sama dengan guru warden asrama. Penerangan dalam ceramah tersebut telah di berikan oleh Pegawai Inspektor Mustad dari Ibupejabat Polis Daerah Manjung iaitu selaku Pegawai Polis Angkat yang ditugaskan untuk memantau sekolah ini. Vokasma mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau kerana berkesempatan untuk meluangkan masa bersama-sama dengan pelajar-pelajar untuk memberi penerangan serba sedikit tentang gejala salah laku yang sering berlaku di sekolah-sekolah dan fungsi polis dalam masyarakat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

MPAV & KEMAHIRAN

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pelajar-pelajar dan guru-guru MPAV & SKM dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas atau bengkel-bengkel.