SALAM VOKASMA

Terima kasih di atas kesudian anda meluangkan masa untuk melayari vokasma2mpav. Anda akan melihat aktiviti guru-guru dan pelajar-pelajar yang di jalankan di sekolah ini.







Saturday, July 31, 2010

KURSUS PLC PENANG 22.7.2010






























Wakil UCtech Electronic Sdn Bhd,Encik Vincent Por telah menerang dan menunjuk ajar penggunaan PLC dan Program SysWin. Penggunaan sistem SisWin membolehkan PLC berinteraksi dengan komputer dan membolehkan pengguna menoperasikan PLC. Disamping itu juga, beliau telah menerangkan bagaimana peralatan input (punatekan) dan output (relay) disambung kepada PLC. Kursus yang dihadiri oleh 56 orang guru dari 14 buah sekolah vokasional zon utara berpuashati atas penerangan yang di berikan oleh beliau dan rakan-rakan beliau yang lain. Pihak Vokasma yang di wakili oleh Cikgu Shahabudin, Cikgu Azman, Cikgu Fadhlur dan Cikgu Salleh mengucapkan terima kasih kepada beliau dan rakan-rakan beliau atas penerangan dan bantuan yang diberikan. Tidak lupa juga Vokasma mengucapkan terima kasih kepada Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional kerana membekalkan 1 unit IC tester dan 5 unit PLC. Terima kasih pada semua. Diharapkan semua guru-guru Vokasma dapat menyampaikan matlumat dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar Vokasma. Tahniah semua!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

MPAV & KEMAHIRAN

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pelajar-pelajar dan guru-guru MPAV & SKM dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas atau bengkel-bengkel.