SALAM VOKASMA

Terima kasih di atas kesudian anda meluangkan masa untuk melayari vokasma2mpav. Anda akan melihat aktiviti guru-guru dan pelajar-pelajar yang di jalankan di sekolah ini.







Thursday, July 22, 2010

MAJLIS PENUTUP PROGRAM TRAINEESHIP 2010



Hari ini 22 Julai 2010 telah di adakan Majlis Penutup Program Traineeship 2010 di Dewan Makan Aspuri Vokasma pada jam 12:00 tengahari. Tujuan majlis ini adalah untuk meraikan syarikat-syarikat yang telah mengambil pelajar SKM tingkatan 4 untuk menjalani latihan traineeship di tempat mereka. Untuk mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan maka pihak sekolah telah menjemput Pengurus syarikat atau wakilnya untuk hadir ke majlis tersebut. Puan Siti Arfah bt Ibrahim, Pengetua Cemerlang selaku Pengerusi program ini mewakili pihak sekolah telah mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang diberikan seterusnya menyampaikan cenderahati dan sijil penghargaan dari pihak sekolah. Turut hadir sama Pengerusi PIBG yang sentiasa bersama pihak sekolah dalam acara sebegini. Vokasma mengucapkan terima kasih kepada syarikat-syarikat, PIBG, pihak pengurusan sekolah, guru-guru SKM dan para pelajar SKM yang menjayakan program ini. Bravo Vokasma!
























































































































































No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

MPAV & KEMAHIRAN

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pelajar-pelajar dan guru-guru MPAV & SKM dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas atau bengkel-bengkel.